Sunday, 30 December 2012

Bila sekolah dah nak buka

cuti sekolah dah nak habis. cuti jenjalan pun dah selesai. ringgit malaysia pun banyak dah habis. sekarang mula menyusun aktiviti anak2 untuk sekolah, macam bangun pagi, solat awal waktu, kelas kafa, mengaji lepas magrib dan buat kerja sekolah.
penat sangat bila ingatkan budak2 skrg ni, bukan mcm kita dulu. balik sekolah, pergi cari ikan dalam paya, petang pergi ronda-ronda dengan kengkawan, tapi masih lagi ok.
malam ni akak mual mengajar anak sulung mengikat tali kasut. dulu pakai yang ada zap on, lepas tu tukar trend, nak bertali. setengah jam ajar ikat tali jadikan riben, masih tak dapat. nanti macamana nak masuk ke bilik jqaf, surau dan lain lagi yg memerlukan ikatan. aduhaiiiii, anak2 di zaman sekrang ni.
to be continue lah, penat.

Tuesday, 11 December 2012

oh saman trafik



Semalam 11.12.12, akak ke sekolah. ada dua sampul, satu daripada maybank, satu lagi dari ntah mana. bila buka aje, ayomaaaaa, saman trafik hadlaju. Aduhhhh , tiba2 aje nampak rm melayang dari poket....

Ye , kena saman. Saman had laju, kat depan istana, di batu buruk. Situ memang kawasan panas, lebih 1 km pun kena saman agaknya. Tarikh bawak laju tu akak memang nak cepat ke hospital sebab ada temujanji anak, tu yang rushing.

Tarikh dia kuarkan surat cinta ni pada 20.11.2012. akak kena bayar dalam tempoh 15 hari je, kalau tidak up kan lagi saman kau. Mula-mula 150 hinggit, paling sikit, pastu 200 dan maksima 300. Heheheh…., rakyat didahulukan.

Citer hal surat saman ni… dia hantar kat kuarters tempat tinggal akak dulu. Walaupun akak dah pindah 5 tahun. Dari kuarters, dia hantar kat sekolah lama. Sekolah lama hantar kat sekolah baru. Jadi lambat lah saman ni sampai kat akak. Bila akak tanya kat trafik tu, dia kata alamat saman ni berdasarkan geran keta. Oooooo patutlah, sebab lessen memandu dengan insuran keta kat alamat baru.

Jadi pesan akak, tolong samakan alamat geran, insurans dan ic, supaya senang bila ada urusan macam ni. Memang silap kita, dan dia orang tak main nego2 ni.

So, hari ni lepas hantar anak ke kem tahiz, bergegaslah akak pegi jumpa some one untuk nk mintak less saman, konon. Sarjan Mejar u… tapi tetap tak boleh, sebab skrg ni Bukit Aman memang dah set dalam computer diorang, kau kena saman banyak ni, so takde diskaun2.

Maka bayarlah saman tu. Rm150.00 lepas diskaun dia kata, kalau tak 300. Lantak koranglah. Tak kuasa aku dah. Penat ke hulu ke hilir, macam bagus je.

Selesai bayar saman, akak ke maybank untuk mintak tolong sepupu yang keja kat sana buat urusan tukar alamat kat geran pulak. Jadi dialah yang akan menyetel dekat JPJ. Amin

Rezeki nak habis. Apapun, akak doakan agar ada lagi rezki lain yang akan menyusul, insya Allah.

 

Monday, 10 December 2012

Ulama dan Pramugari

ULAMA DAN PRAMUGARI
Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu... dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu lalu menegurnya..

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki.Ini tempat basuk muka, bukan basuh kaki!

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!
 

Bersiram di Wet World Shah Alam

lepas penat berjalan di taman botani shah alam, kami bersiram pulak ke wet world shah alam. layaannnnn











                                       si ammar hampir lemas dek air yang laju atas kepala dia

Taman Pertanian Shah Alam

ini kali ke empat akak ke taman pertanian shah alam. dulu masa akak pergi namanya bukit cerakah lagi. dulu pergi  masa bujang, kali ni pergi anak dah tiga. tapi masih sihat, alhamdulillah....hari tu pergi masuk ke rumah salji, yang ni tak pergi. bestnya taman pertanian ni sebab banyak tumbuhan yang meredupkan pandangan mata. walau penat berjalan, tapi memang best.

                                                               abah tengah google map
                                                             google map lagi dalam bas

                semua makhluk memerlukan pasangan walaupun haluan berbeza.... heheheh

                                                         rusa yang sungguh jinak. kiut








                                            pemandu bas pertama dan kedua....standby

Selamat Hari Jadi Ammar...

Ammar dah genap dua tahun. hari ni sambut besday ammar kat rumah mama dia di pantai hillpark, kl. kek ni dibuat kat trg, akak bawa ke kl, sebab nak beli tak sedap kat tekak, w.alaupun cantik di mata. kek akak ni walau tak cantik kat pandangan, tapi mabeles kat perut.... heheheh
 kek coklat yang sempoi
bersama wan nab










Sunday, 2 December 2012

Kem Tahfiz Masjid Kristal

tiap kali cuti sekolah, anak akak memang dihantar untuk menyertai kem hafazan al Quran di masjid kristal. program ni dibuat setiap bulan 6 dan 12. jom tengok aktivitinya...
hari pendaftaran
 
 
aktiviti berlari... di mana sahaja....
ni xtvt sebelum kem
 
sessi taklimat dalam masjid


 
                                                                               muqaddimah

                                              di dalam halaqah bersama ustaz Roslan
xtvt biasa di tti.... hehhehe

KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW

Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...