Wednesday 3 June 2020

KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW



Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah Swt yang bermaksud: “ Dan tiadalah kami mengutus kamu melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam”. (surah al anbiya ayat 207)

Firman Allah lagi yang bermaksud “ Muhammad itu bukanlah sekadar ayah daripada lelaki antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah Saw  dan penutup para nabi” (surah Al Ahzab ayat 40)

Begitu juga Rasulullah Saw bermaksud: “ Perumpamaan antara aku dan nabi-nabi  sebelumku adalah seperti orang yang membina rumah dengan begitu indah dan megah sekali. Namun ada satu lubang bata yang masih kosong pada dindingnya. Ramai orang datang dan melihat dengan rasa takjub. Mereka mengulas, “ mengapakah tidak diletakkan bata?”. Rasulullah saw pun bersabda: “ Akulah bata itu. Akulah penutup para Nabi”.  ( Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah Saw bersabda lagi yang bermaksud: “ Aku ialah penghulu anak-anak Adam pada hari kiamat kelak. Akulah orang yang pertama kuburnya terbelah (dibangkitkan daripada kubur). Akulah orang yang pertama memberi syafaat dan aku juga orang yang pertama diterima syafaatnya” ( Riwayat Muslim)



Sunday 31 May 2020

HANTU TAKUT MANUSIA


SAYA TAHU BAHAWA KITA TIDAK PATUT TAKUT KEPADA HANTU. NAMUN JUJURNYA PERASAAN ITU TETAP ADA. BOLEHKAN USTAZ BERIKAN SEDIKIT MOTIVASI SUPAYA SAYA DAPAT HILANGKAN PERASAAN ITU

Hakikatnya, iblis, jin dan syaitan sangat takut kepada manusia. hairan sungguh jika manusia pula yang takut kepada mereka yang menjelma menjadi hantu.

Diriwayatkan oleh Ibn Abi al Dunya daripada Mujahid, beliau berkata, " Ketika aku melakukan solat pada suatu malam, tiba- tiba berdirilah satu makhluk seperti kanak-kanak di hadapanku. Lalu aku mengejar untuk menangkapnya.  Ia pun berlari dan melompat ke balik dinding sehingga aku mendengar ia terjatuh. Ia tidak kembali lagi setelah kejadian itu".

Mujahid turut berkata: " Sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian sebagaimana kalian pun takut kepada mereka". Sambung beliau lagi: " Syaitan itu lebih takut daripada sesiapa sahaja kamu. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian, maka janganlah kalian takut sehingga ia dapat menguasai kalian. Akan tetapi bersikap beranilah kalian kepadanya, nescaya ia akan pergi". ( Akam al Marjan, hlm 137)

Mujahid turut berkongsi pengalamannya. " Syaitan kerap menampakkan dirinya ketika aku ingin solat dalam rupa Ibn Abbas. Kemudian aku teringat pesanan Ibn Abbas, lalu bersiap sedia dengan sebilah pisau. Tatkala ia kembali menjelma, aku terus menusuknya. Ia pun jatuh tersungkur. Setelah itu, aku tidak pernah melihatnya lagi.

Jelas sekali bahawa generasi solafussoleh tidak pernah menjadikan hantu sebagai sesuatu yang ditakuti.  Malah jin, iblis dan syaitan hanyalah makhluk ALlah yang tidak mempunyai apa-apa kuasa daan kelebihan jika dibandingkan dengan iman dan takwa yang menjadi pakaian muslim

Kesimpulannya, sebagai orang muslim, kita dituntut beriman kepada perkara-perkara ghaib. Oleh sebab itu, percaya dengan kewujudan iblis, jin dan syaitan termasuk dalam keimanan terhadap perkara ghaib

Walaubagaimanapun, kita tidak dibenarkan berlebih-lebihan untuk mengkaji atau menokok tambah perkara-perkara ghaib sehingga membawa kepada syirik, khurafat dan tahyul. memadailah kepada kita apa-apa yang dikhabarkan oleh Allah swt dan Rasulnya. Wallahualam

Saturday 30 May 2020

BENTENG IMAN


HANTU OH HANTU

BENARKAH HANTU BOLEH MEMUDARATKAN MANUSIA

Pada asalnya saya memang tidak percaya bahawa hantu boleh mengapa-apakan manusia sehingga membunuh sebagaimana yang disogokkan dalam drama hantu

Namun apabila berlaku tragedi adik saya tersesat di dalam hutan, saya berfikir semula. Mungkinkah hantu boleh memudaratkan manusia

Untuk pengetahuan Ustaz, mereka tersesat kerana mencari rakan mereka yang tersesat hilang di dalam hutan. mereka mengikut ikut suara rakan mereka yang meminta tolong seoalah-olah terjatuh ke dalam gaung. Walhalnya rakannya itu hany a berpisah daripada kumpulan kerana hanya ingin membuang aair kecil

JAWAPANNYA: TIDAK SAMA SEKALI

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, hantu itu hanyalah perserupaan yang dilakukan samada oleh iblis, jin ataupun syaitan. Rasulullah saw pernah ditanya tentang hantu. baginda bersabda yang bermaksud, " Mereka ialah tukang sihir di kalangan jin". Sanad riwayat ini sangat lemah ( daif jiddan)

Namun begitu, hal ini tidaklah menafikan apa yang dikhabarkan oleh sahabat Nabi, Jabir r.a bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: " Tidak ada wabak penyakit, kesialan dan hammah ( ada yang mentafsirkannya roh orang yang mati yang menjelma burung atau sebutan orang Melayu sebagai hantu)".

Rasulullah saw bukan menafikan kewujudan perkara tersebut, sebaliknya baginda ingin menafikan anggapan atau kepercayaan bahawa ada perkara lain selain Allah yang juga boleh memberi mudarat atau manfaat

HANTU PADANG PASIR

Masyarakat Arab ketika itu percaya bahawa hantu boleh menyesatkan manusia yang sedang bermusafir di tengah tengah padang pasir. Imam Nawawi mengulas: Jumhur ulama berkata, bahawa orang Arab mempercayai  bahawa ada hantu di padang pasir. Ia sebenarnya sejenis syaitan yang menampakkan diri untuk menakut-nakutkan manusia sehingga mereka tersesat dan kemalangan. Oleh sebab itu, Nabi saw memusnahkan kepercayaan tersebut.

Justeru sabda Rasulullah saw yang bermaksud tidak ada hantu itu bermaksud ia tidak dapat menyesatkan seseorang. Hal itu dikuatkan oleh hadis lain yang bermaksud: " Tidak ada hantu, namun ia hanya tukang sihir daripada kalangan jin

Menurut para ulama, jin  juga mempunyai tukang sihir dalam kalangan mereka yang dapat mengelabui mata dan membuat khayalan. ( Sahih muslim dgn syarah an Nawawi)

RUMUSAN:

Yakinlah bahawa tidak kira, iblis, jin mahupun syaitan yang menjadi hantu sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk memudaratkan manusia. Sesungguhnya manfaat dan mudarat ialah hak mutlak yang datang daripada Allah.

tambahan lagi, Rasulullah saw mengajar kita al mu'awwizat 9 ayat-ayat Al Quran sebagai pelindung diri) seperti surah al faalaq, al ikhlas dan an nas yang mampu memelihara diri kita daripada gangguan jin dan syaitan




MENDENGAR AL QURAN DI DALAM KERETA

APA HUKUMNYA JIKA SAYA TIDAK MENUMPUKAN KEPADANYA AKIBAT BERSEMBANG DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK DALAM MASA YANG SAMA?

Secara asasnya, mendengar dengan penuh perhatian terhadap bacaan Al Quran di luar solat hukumnya sunat. bukannya wajib.

Imam Ahmad pernah menjelaskan tentang hukum tersebut ketika berkomenta berkaitan ayat surah Al Araf di atas. " Ianya untuk solat". Beliau juga berkata: Para ulama tlah sepakat yang ia adalah arahan ketika solat

Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya jangan memasangnya ketika manusia sibuk dengan perkara lain. Sebagai contohnya,  tentulah tidak wajar jika orang di dalam kereta sedang rancak bersembang, tiba-tiba dimainkan CD Al Quran.
Rujukan : Liqaat al Bab al Maftuh




kredit: Ustaz Zahzan

APABILA MENDENGAR BACAAN AL QURAN

KITA HENDAKLAH SENYAP APABILA MENDENGAR AL QURAN DIBACAKAN. ADAKAH HUKUM INI WAJIB ATAU SUNAT

Para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum mendiamkan diri atau senyap ketika mendengar bacaan al Quran ketika di luar solat

Pendapat pertama: Wajib. ini menurut Mazhab Hanafi.

Sebahagian mereka mengatakan kewajipan ini bersifat wajib aini ( setiap orang wajib berbuat demikian)

Manakala ada juga yang mengatakan ia wajib kifayah ( jika sebahagian orang sudah melakukan, maka sudah tidak wajib bagi orang lain)

Hujjah mereka ialah firman Allah dalam surah Al Araf yang bermaksud : Dan hendaklah dibacakan Al Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah mudahan kamu semua beroleh rahmat"


Friday 29 May 2020

KHATAM AL QURAN BERAMAI-RAMAI


S: SAYA INGINKAN KEPASTIAN. ADAKAH PROGRAM KHATAM AL QURAN SECARA BERAMAI-RAMAI DENGAN SETIAP  PESERTA MASING-MASING MEMBACA BEBERAPA KERAT AYAT BERLAINAN HINGGA LENGKAP 30 JUZUK SECARA DIKIRA SEBAGAI TELAH MENGKHATAMKAN AL QURAN?

J: Ia tidak dikira sebagai khatam Al Quran. Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh salafussoleh. Seseorang muslim dikira mendapat pahala apabila dia membaca Al Quran dengan sendiri ataupun mendengar bacaan Al Quran

Perlu diketahui bahawa Allah swt turut menjanjikan rahmat dan ganjaran buat orang yang mendengar bacaan oleh orang lain. FirmanNya dalam surah al A'raf ayat 204 yang bermaksud: "Dan apabila dibacakan Al Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam. Mudah-mudahan kamu semua beroleh rahmat:.

Berkenaan dengan amalan yang dinyatakan, ia hanya bersifat kerjasama dalam melakukan kebaikan sahaja. Mudah-mudahan ada pahalanya. Namun tidak sekali-kali pahala khatam Al Quran.

Marilah kita bersama-sama berusaha mengkhatamkan Al Quran daripada awal hingga akhir.

BUKANNYA BERPURA-PURA MENGKHATAMKAN SECARA PEMBAHAGIAN SEPERTI INI

Thursday 28 May 2020

BACA SECARA SENYAP

 SAYA PERNAH MELIHAT ORANG MEMBACA AL QURAN SECARA SENYAP SAMBIL JARINYA BERGERAK MENURUTI AYAT YANG SEDANG DIBACA. BIBIRNYA TIDAK BERGERAK PUN.ADAKAH CARA INI JUGA  DIKIRA SEBAGAI MEMBACA AL QURAN

Tidak. Bacaan yang dimaksudkan mestilah dengan menggerakkan  bibir dan memperdengarkan  suara walaupun perlahan hingga hanya dirinya sahaja yang boleh mendengarnya. 

Nabi saw bersabda yang bermaksud: ; "Bacalah al Quran kerana ia akan menjadi pemberi syafaat kepada pembacanya pada akhirat kelak"  ( Riwayat Muslim). 

Maksud Nabi saw dalam hadis ini dijelaskan oleh hadis lain yang bermaksud: " Sesiapa yang membaca satu huruf Al Quran , maka baginya satu pahala kebaikan. Dan setiap kebaikan itu dilipat gandakan  pula kepada sepuluh sepertinya. ". ( Riwayat at Tarmizi)

Tegasnya di sini, seseorang itu tidak dianggap membaca Al Quran melainkan apabila dia melafazkan bacaanya hingga kedengaran oleh telinganya


KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW

Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...