Friday, 22 November 2013

DIA DATANG LAGI...

heheheh
dengar tajuk macam bagus aje ye
tapi langsung tak bagus sebabnya kalau korang nak tau sapa yang datang, ianya bukanlah manusia yang ditunggu-tunggu atau tamu istimewa
inilah yang datang
dah kali kedua
bertenggek kat pokok bunga kertas ku
hari tu cikgu sebelah rumah dah tolong buangkan
tak lama lepas tu datang lagi
 ni lah dia 



kesudahannya kami terpaksa memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam untuk menangkapnya. Pihak JPAM kata xpa kak, ular ni tak bahaya.
amboi yelah tu dik oiiii
takpalah. kim salam aje. bahaya tak bahaya. kalau kena....

Tuesday, 5 November 2013

HIJRAH HENPON...

DENGAR TAJUK MACAM PELIK YE...

HEHEHE, acelli, cik kak beli hp baru diawal muharam ni, sebab hp nokia c310 tu susah sangat nak tekan keypad dia, lepas jatuh baru ni. hiii, petanda duit nak melayang ler tu.
cik kak beli yang samsung grand, cik abang beli sony xperia c. aduihhh, melayang kredit kad buat bayor tu...



ni cik kak punya



ni encik suami punya

harap kan telefon ni tidak melalaikan cik kak dari mengingati Allah....

CUTI 1 MUHARRAM

Bersempena dengan cuti awal muharram hari ni, cik kak bawak anak-anak ke muzium terengganu kat Losong. Kebetulannya, ada pameran haiwan berbisa. Masa kita orang sampai tu, sedang elok, ada pertunjukan ular.
Sori, pic xde sebab kami kena tinggalkan kamera yang dibawa kat kaunter. hiiiii, geram betul.  Ni gambar ehsan gugel jelah.


ni muziumnya. masa kita orang sampai tu, hujan lebat. tapi masih ramai orang.
Tiket masuk RM5 bagi dewasa, budak sekolah yang beruniform RM1 dan anak2 cik kak RM2 sorang, sebab yang 4 tahun tu FOC


ada macam2 aksi yang dibuat oleh ahli pertunjukan tu. ada yang main dengan ular sawa, tedung selar dan banyak lagi. ular tu ada yang masih agresif sebab baru ditangkap oleh JPAM Marang. 

ni salah sorang darinya, dari Penang.


Thursday, 31 October 2013

HARI RAYA HAJI 2013

Raya haji tahun ni seperti biasa saya buat ibadah korban, sebahagian daripada seekor kerbau. Alhamdulillah. Sembelihan dilakukan oleh Ustaz Khalil, anak Ayah Cik Haji Hadi.
 tu dia, tunggu masa





 tumbang akhirnya



 tetamu istimewa, ayah cik




 najmuddin makan bersama ayah cik, mee hoon sup belut







Tuesday, 8 October 2013

AMMAR DAN UPIN LAGI

Hari ni cuti umum kat terengganu. Jadinya, kebetulan kat Terengganu Trade Centre ni, ada karnival buku2. akak pun bawak anak2 jalan kat sini, sambil makan-makan. kebetulan pulak terjumpa si upin dan ipin.














muka penat

aku dan cosway lagi

bermula dari membeli ev set pada bulan mei 2013, sebanyak rm5400, akak meneruskan cita-cita akak untuk membuka sebuah farmasi cosway.
itulah impian dan harapan akak. dengan tujuan untuk meringankan beban hutang. akak menghadiri training product yang dibuat di tempat akak , ESL training centre di kelana jaya dan juga di wisma cosway di jalan raja chulan di k.l.
bukan sedikit wang ringgit, tenaga dan masa yang tercurah. hanya kepada Nya akak mohon untuk diberi kekuatan.
suami pun dah macam setuju sebab nanti macam best, dapat kedai dekat dengan rumah, masa dengan anak dan 1001 macam yang best. tapiiiiiiiiiiiiii, tak semudah yang disangka ye cik nah.
apa yang kita dengar dari upline, semua indah dan mulus2 belaka. takde satu pun masalah hokeyyyy
tapi akak ambik juga pendapat dari internet, stokis yang dah lama dan kawan yang dah buka stokis ni.
wooooo, bukan senang ye.
tapi kalau cik cik dah ready, apa salahnya
* beli ev set 5100.00 rm ye
* cari downline atau kata manisnya network seramai 4 orang yang nak bisnes macam kita jugak
* pegi training ye, bukan melonggok je kat rmh
* tunggu date interview dari hq
* dah pass iview g  training utk buka kedai
* nak buka kedai, kena bagi refundable deposit rm10k. kalau xde gerentor, kena tambah lg rm20k, bukan 200 hinggit ye
* jaga kedai 12 jam SETIAP HARI
*tak boleh tutup kedai kecuali DUA hari sahaja, raya posa ok. kalau ada kematian pun cik cik kena stay kat kedai ye, tsunami ke, gempa ke, seme kena bukak
* yg penting, jaga stok. kawan akak bila cek stok akhir bulan, dekat 10k, xde. so hq akan mintak u ganti ye
* masa dengan anak2 mmg semputlah sebab cik cik boleh fikir, 12 jam sehari. kalau ada pembantu ok, tapi kena cari yang jujur untuk uruskan u punya rm dan stok
* upline bagitau seme bil2 company bayar, tapi company tanggung bil api dan sewa kedai aje

dan, oleh sbb akak pun dah ada income sendiri, suami pun mcm tu jgk. jd akak dah buat istikharah untuk mintak petunjuk Allah samada cosway ni baik untuk agama akak atau tak
jadi akak decide, say good bye to farmasi cosway. maybe Allah akan bagi rezki yang boleh dekatkan Allah dengan akak. yang boleh akak beribadat kepada Nya sebelum mati.
kejar sangat dengan dunia pun tak guna sebab kita akan tinggalkan dia bila2 masa. amal ibadat lebih utama.
lagipun kematian sekarang ni sangat mudah dan tak disangka. kadang takde signal pun dari Allah. so, kita kena bersedia setiap masa.

Saturday, 21 September 2013

KE PULAU KAPAS

Hari ni, ada tetamu istimewa, adik Anwar Noor Azam, dtg ke rumah, seminggu, bercuti, dari pengajian kat Mesir. Kami bawak dia jalan2 ke pulau Kapas, ye, lah tu. Padahal kita orang pun x pernah sampai ke situ, okeh.
Dari rumah ke jeti pulau kapas ni, 5 minit je. Tapi sebab macam tak hepi sangat bab-bab air laut ni,  jadi kita orang pun tak ingin ke sana. Bila Anwar datang, kita org entertain lah dia ke sini...
kita orang dapat harga murah bot ni, biasa 30 sorang, pi balik. tp kami dpt rm 20. sebab ada orang tolong kenalkan dengan org bot ni. kami ambik chalet untuk mandi dan solat. rm90 untuk sehari.
 kat jeti




 anwar noor azam, medic thn 5 kat mesir




 cayalah anak ibu...


 buka bekalan dunia, sebelum mandi

 ciku pulau



 muka sunburn lepas mandi




 xtvt bagi makan ikan, kami bagi mee hoon, piza dan nasi goreng. harap tak mati lah ikan tu, heheheh

 view dari atas jeti

 tunggu bot, penat wehhh
 tempat bot berhenti ambik dan turunkan penumpang
 deretan chalet di sana
cantik dan kagum dengan ciptaan Nya

KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW

Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...