bermula dari membeli ev set pada bulan mei 2013, sebanyak rm5400, akak meneruskan cita-cita akak untuk membuka sebuah farmasi cosway.
itulah impian dan harapan akak. dengan tujuan untuk meringankan beban hutang. akak menghadiri training product yang dibuat di tempat akak , ESL training centre di kelana jaya dan juga di wisma cosway di jalan raja chulan di k.l.
bukan sedikit wang ringgit, tenaga dan masa yang tercurah. hanya kepada Nya akak mohon untuk diberi kekuatan.
suami pun dah macam setuju sebab nanti macam best, dapat kedai dekat dengan rumah, masa dengan anak dan 1001 macam yang best. tapiiiiiiiiiiiiii, tak semudah yang disangka ye cik nah.
apa yang kita dengar dari upline, semua indah dan mulus2 belaka. takde satu pun masalah hokeyyyy
tapi akak ambik juga pendapat dari internet, stokis yang dah lama dan kawan yang dah buka stokis ni.
wooooo, bukan senang ye.
tapi kalau cik cik dah ready, apa salahnya
* beli ev set 5100.00 rm ye
* cari downline atau kata manisnya network seramai 4 orang yang nak bisnes macam kita jugak
* pegi training ye, bukan melonggok je kat rmh
* tunggu date interview dari hq
* dah pass iview g training utk buka kedai
* nak buka kedai, kena bagi refundable deposit rm10k. kalau xde gerentor, kena tambah lg rm20k, bukan 200 hinggit ye
* jaga kedai 12 jam SETIAP HARI
*tak boleh tutup kedai kecuali DUA hari sahaja, raya posa ok. kalau ada kematian pun cik cik kena stay kat kedai ye, tsunami ke, gempa ke, seme kena bukak
* yg penting, jaga stok. kawan akak bila cek stok akhir bulan, dekat 10k, xde. so hq akan mintak u ganti ye
* masa dengan anak2 mmg semputlah sebab cik cik boleh fikir, 12 jam sehari. kalau ada pembantu ok, tapi kena cari yang jujur untuk uruskan u punya rm dan stok
* upline bagitau seme bil2 company bayar, tapi company tanggung bil api dan sewa kedai aje
dan, oleh sbb akak pun dah ada income sendiri, suami pun mcm tu jgk. jd akak dah buat istikharah untuk mintak petunjuk Allah samada cosway ni baik untuk agama akak atau tak
jadi akak decide, say good bye to farmasi cosway. maybe Allah akan bagi rezki yang boleh dekatkan Allah dengan akak. yang boleh akak beribadat kepada Nya sebelum mati.
kejar sangat dengan dunia pun tak guna sebab kita akan tinggalkan dia bila2 masa. amal ibadat lebih utama.
lagipun kematian sekarang ni sangat mudah dan tak disangka. kadang takde signal pun dari Allah. so, kita kena bersedia setiap masa.