Friday, 22 November 2013

DIA DATANG LAGI...

heheheh
dengar tajuk macam bagus aje ye
tapi langsung tak bagus sebabnya kalau korang nak tau sapa yang datang, ianya bukanlah manusia yang ditunggu-tunggu atau tamu istimewa
inilah yang datang
dah kali kedua
bertenggek kat pokok bunga kertas ku
hari tu cikgu sebelah rumah dah tolong buangkan
tak lama lepas tu datang lagi
 ni lah dia 



kesudahannya kami terpaksa memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam untuk menangkapnya. Pihak JPAM kata xpa kak, ular ni tak bahaya.
amboi yelah tu dik oiiii
takpalah. kim salam aje. bahaya tak bahaya. kalau kena....

Tuesday, 5 November 2013

HIJRAH HENPON...

DENGAR TAJUK MACAM PELIK YE...

HEHEHE, acelli, cik kak beli hp baru diawal muharam ni, sebab hp nokia c310 tu susah sangat nak tekan keypad dia, lepas jatuh baru ni. hiii, petanda duit nak melayang ler tu.
cik kak beli yang samsung grand, cik abang beli sony xperia c. aduihhh, melayang kredit kad buat bayor tu...



ni cik kak punya



ni encik suami punya

harap kan telefon ni tidak melalaikan cik kak dari mengingati Allah....

CUTI 1 MUHARRAM

Bersempena dengan cuti awal muharram hari ni, cik kak bawak anak-anak ke muzium terengganu kat Losong. Kebetulannya, ada pameran haiwan berbisa. Masa kita orang sampai tu, sedang elok, ada pertunjukan ular.
Sori, pic xde sebab kami kena tinggalkan kamera yang dibawa kat kaunter. hiiiii, geram betul.  Ni gambar ehsan gugel jelah.


ni muziumnya. masa kita orang sampai tu, hujan lebat. tapi masih ramai orang.
Tiket masuk RM5 bagi dewasa, budak sekolah yang beruniform RM1 dan anak2 cik kak RM2 sorang, sebab yang 4 tahun tu FOC


ada macam2 aksi yang dibuat oleh ahli pertunjukan tu. ada yang main dengan ular sawa, tedung selar dan banyak lagi. ular tu ada yang masih agresif sebab baru ditangkap oleh JPAM Marang. 

ni salah sorang darinya, dari Penang.


KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW

Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...