Sunday, 12 April 2015

Madrasah Moden Maidam

Hari ni 8 April 2015...bermulanya penghijrahan baru anakkuMuhammad Najmuddin  ke Madrasah Moden Maidam. Selamat tinggal Sek Men Agama Marang. Memang sedih. Tapi sebab aku ada misi dan visi yang tersendiri. Dia pun minat nak pergi ke sana. Nak belajar Al Quran dan Hadis.

Madrasah ni adalah idea Mb, Ahmad Razif. Ramai jugak diambil pelajar untuk sesi ni. 120 orang. bertempat di Kuala Nerus. Makan 5x sehari. Pelajar at sini tak de senior. Semua first intake tingkatan 1. oklah sebab tak de kes buli2. Sebab sebaya kan.

Rasa sedih nak berpisah dengan anak. Sebab tak pernah duduk jauh sebelum ni. Tapi aku harapkan Allah bagi dirinya kekuatan. Jauhi malapetaka dan musibah, berinya kekuatan.

KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW

Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...