Friday, 23 December 2016

Friday, 19 August 2016

AKU, CYST DAN ENDOMETRIOSIS

                     Bila sebut aje ada ketumbuhan, mesti semua orang rasa takut dan ngeri. Sebabnya tak nampak. Aku disuspek fibroid pd bulan oktober thn 2014. Masa tu pergi scan kat klinik sebab nak ambik ubat subur. Tiba2 tak dibenarkan sebab ada fibroid. Maka bermulalah rutin aku di hospital dan sakit setiap kali datang haid. Sakitnya luar biasa. Nak angkat kaki x boleh. Teruk dari senggugut.

                     Bila aku cek kat hospital dia kata endometrosis, adynomyosis dan macam2 cyst lagi. Bila aku mintak buang dia kata kecik sangat. Dalam 3 cm gitu. Tiap bulan bagi ubat tahan sakit. Biar pun aku x makan.

                      Aku mintak dia refer kat Kuala Terengganu Specialist. Tapi lagi sakit hati. Dia kata kecik sangat. X payah buang. Adulahaaaiiii doktor. Aku ni tiap bulan sakit. Dia nk syorkan ubat. Namanya Visanne. Ubat ni dibawah preskripsi pakar je. Harga memang mahal. Bila makan ubat ni haidh jadi tak de. Jadi taklah sakit.

                     Macam tak selesai jugak masalahnya. Akhirnya aku balik dengan rasa membungkam dihati.

                  Akhirnya aku buat keputusan nak jumpa Prof Dato Dr Hamid Arshat. Pakar sakit puan idola aku sejak sekolah lagi. Orang hebat dan tak perlu diperkenalkan lagi.

               Ni masa bulan mac 2016...first appointment jumpa Dato. Masya Allah. Tenang dengar penjelasan Dato. Selepas di scan oleh Dr Aimi, Dato bagitau fibroid aku ada di kiri dan kanan ovari dan ada endometrosis kat dalam rahim. Nanti bila operate satu ovari akan dibuang dan rahim sebelah atas juga dibuang. Menurut Dato, nanti aku dah takde haid dan of kos tak leh pegnen lagi. Lagipun dia kata aku dah ada tiga anak lelaki dan perempuan. Nak buat amal ibadat pun senang. Dato siapkan semua surat aku untuk operation mengenangkan sebab aku jauh. Jadi dia proceed semua dan kalau aku setuju on aje dan klau tak nak buat pun xpa. Dato suruh balik bincang dengan suami dulu.

               Akhirnya...tibalah hari yng dinanti. Bulan ogos. Pada 12 ogos kami bertolak ke KL untuk persediaan pembedahan di Pantai Hospital Kuala Lumpur. Aku bawak anak2 ke De Rhu Beach Resort bagi hilangkan rasa debaran. Hari jumaat pagi Pn Rohana dr klinik Dato dah kol untuk tanya aku samada setuju tak nak buat pembedahan. Insuran pun dah lulus katanya. Huhuhu....berdebarnya.

                Xpalah. Untuk kesihatan aku buat. Bila tiba masa yang nak ke hospital tu, tiba2 aku cakap dengan suami rasa macam nak balik je. Ketakutan aku sebenarnya ialah pada bius penuh. Huhuhu. Bimbang tak bangun terus.

                 14.8....jam 6.00 petang aku sampai di pantai hospital. Berdebar jangan cakap. Aku tuju ke blok C untuk pendaftaran. Disebabkan aku nak ambik bilik single, maka kena letak deposit rm1000.00. xpa. Nanti dpt refund balik. Lagipun senang bawak dengan family ni. Aku bwk dengan toto skali. Dapat bilik 305. Cantik bilik. Macam hotel. Bilik air besar. Xde nk share2 dengan orang lain.

 ni kat bahagian daftar. 

                                               Ini tag nama yang dah diprint out untuk tampal2


                   Suasana dalam wad. Selesa untuk anak2 dan suami tidur. Luas. Boleh bentang toto.


                               Makan malam. Kari ayam. Kacang botor yang digoreng dengan garam aje.           Sebelum tu Dr Nazri...pakar bius datang cek kesihatan aku. Siap gosok aku supaya jangan risau. Huhuhi. Dia kata bius penuh xde apa. You just relax and sleep. Dia tak tau aku gabra semacam.

                                                         Bilik air. Besar dan selesa.
                                  Baring sambil tengok tv. Mulut x berhenti zikir dan mintak doa supaya              dimudahkan semua urusan esoknya

 Ambik darah untuk esok....huhuhu

 Hospital mahal kan. Boleh pilih mana menu nak makan.

Mulai jam 12mlm ni aku dah kena puasa. Misi dah bagitau aku first patient esok. Jam 7 lebih dah nak kena hantar OT.

Pagi esok jam 6 lebih baju untuk ke OT dah sampai. Lepas mandi dan solat subuh serta doa2 aku pakai baju biru. Misi datang tolak katil untuk ke tingkat satu.

Sempat lagi aku sembang masa ditolak atas katil yg aku takut sebenarnya. Dah sampai dalam OT tu, Dr Nazri dah ada. Siap cakap2 dengan aku. Nurse masukkan wayar kat lengan, dada dan kemudian aku disuruh sedut gas bius. Aku sempat dengar Dr Nazri kol Dato bagitahu dah ready. huhuhu...Sempat bau gas tu wangi. Bila kali ketiga aku dah tak sedar satu apa pun. Jam 10.45 pagi aku celik mata. Tengok ada kat recovery bay. Alhamdulillah. Dah selesai. Maka berusunglah aku ke wad.
Ini hari yang kedua selepas pembedahan. Dr Hamid datang kat wad lepas asar. Lebih kurang jam 5.30 petang. Huhuhu....tengah sakit sempat lagi nak bergambar dengan Dato. Dato bagitahu luka operation ni akan baik dengan sendirinya. Insya Allah.

Terima kasih Dato kerana merawat aku. Ya Allah, moga aku tabah dan sabar menghadapi ujian dari Mu. Jadikanlah aku redha dan sabar serta syukur dengan segala ketentuanMu. 




Tuesday, 7 June 2016

Jalan jalan ke 3d art of gallery di pasar seni

Agak lama tak ke pasar seni @ CM. Hehehe. Hampir 15 tahun. Kali ni pergi bawa anak. Masa tinggal dulu belum kawin lagi. Maknanya lama sungguh.
Tak banyak perubahan di bahagian dalaman. Masih lagi jual cenderamata bagai. Cuma kat luar dulu ada orang menyanyi dan buat persembahan. Sekarang dah digantikan dengan tapak jualan. Dulu kat tepi tu ada kfc. Sekarang dah takde. Dulu tunggu bas mini no 14 utk ke rumah ayah kat gombak. Sekarang dah tinggal kenangan. Ayah dah takde. Rumah tu pun ayah menyewa semasa kerja di kuala lumpur. Huhuhu

Kali ni bawa anak2 tengok muzium 3D. Kebetulan ada yang dia joint venture dgn national geographic. Macam live animation. Bayaran masuk kira murah sikit dr yang kat ICT Shah Alam. Total semua rm70. 3 dewasa dan 2 kanak2. Ambik foto sekeping rm15.00
Nilah dia yg animatian by national geographic. Panda tu x nampak pun. Cuma 3D je.

Tuesday, 24 May 2016

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI SEKOLAH 2015

SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH  ( 2015), NUR TASNIM TELAH DIPILIH SEBAGAI PEMBAWA BENDERA MALAYSIA. HEHEHE...MAKNYA TUMPANG SEKAKI



HUHUHU.....tasnim sebagai maskot sekolah sempena hari kemerdekaan negara.

JUMPA AUNTIE LINDA...











NI MAK...DENGAN ADIK DIA. DULU AUNTIE NI KERJA CIKGU, SEKARANG DAH RESIGN AWAL. DIA NI VEGETARIAN. HEHEHE
YANG BAJU MERAH NI KAKAK MAK. YANG BAJU BIRU TU, MAK KEPADA ADIK IPAR MAK

NI ADIK IPAR MAK YANG SANGAT2 BAIK. AUNTIE LINDA. DIA NI SELALU ENTERTAIN KAMI KALAU KAMI KE KOTA. SELALU BAGI DUIT RAYA KAT MAK DAN ANAK2 KAMI
NI FOTO2 PERABUT YANG DIJUAL KAT KEDAI AUNTIE LINDA



 FOTO BERTINDAN...ADA YANG AMBIK DGN HP DAN KAMERA. YANG DGN HP DAH UPLOAD DULU. HEHEHE
YANG LELAKI NI PAK SEDARA KAMI. ADIK MAK





                                               SEMBANG PETANG


KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW

Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...