BLOG INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI CATATAN DAN LUAHAN ISI HATIKU YANG OK DAN K.O. YANG OK TU DATANGNYA DARI ALLAH SUBHANAHU WATAALA DAN YANG K.O ITU ADALAH KELEMAHANKU
Friday, 21 December 2018
Wednesday, 26 September 2018
PEMBEDAHAN BREAST LUMP DI SALAM SPESIALIST
Inilah namanya tak dirancang. Antara takut dan nak tahu semuanya berbelah bagi. Bila sesuatu yang lain dirasai pada badan, agak apa yang perlu kita buat. Biarkan atau bertindak segera. Terpulanglah kepada masing-masing punya kekuatan untuk menghadapinya. Saya memang seorang yang obses pada kesihatan. Baik pada anak-anak apalagi diri sendiri.
Sebaik sahaja merasai ketulan pada payudara, tindakan pertama adalah berjumpa doktor. Saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Doktor Rusdi Abdul Rahman, pakar bedah am di Salam Specialist Hospital. Hasilnya, buat semula mammogram sebab yang last hari tu bulan Nov 2017. Macam dah tak valid. Dan....kena buat juga Ultra Sound untuk lebih detail.
Kos mamogram di SSH adalah RM240.00. Tarikh mammogram dibuat adalah pada 23.9.2018. Esoknya 24.9.2018 saya segera buat ujian ultra sound bagi mengesahkan lagi ketepatan apakah benda yang terdapat dalam payudara saya. Kos ultra sound di Kuala Terengganu Specialist ialah RM253.00, agaknya kos mahal sebab buat dengan Consultant kot. ( Dr Romzi). Mengikut Dr Rusdi, oleh kerana consultant sendiri yang buat u.sound, maka ketepatannya adalah 99%.
Keputusan dah keluar. Ianya bukan kanser, tetapi hanyalah cyst. Bahaya tak? Tak bahaya. Tapi dalam tu ada seurat salur darah yang akan supply makanan dan nutrien kepada cyst tu. Jadi cyst tu boleh membesar. Yang kecik ni pun dah tak tenteram. Asyik fikirkan dia aje. Jadi, Dr Rusdi kata, baik buang sebab faktor usia dah 4o ke atas. Huhuhu
Maka mendaftarlah untuk masuk wad. Kat SST ni terpulang kat kita bila nak operate. Doktor ikut aje sebab waiting list tak ramai agaknya. Oklah. Admitt masuk wad pada 25.9.2018. Bilik ni Rm230.00 satu malam.
Ni menu makan malam untuk petang tu. ciken cop. huuuu....
Pembedahan dijadualkan jam 10 lebih. Pakaian pun dah sampai. Jangan fikir tenang. Opkos serabut dan berdebar debar
Tolong doakan untuk ibu....
Alhamdulillah. Dah selesai. Nilah doktor yang merawat dan ambik kes hari tu. Hensem kan. Sado. Yang penting sangat best dan baik. Tanyalah apa sahaja. Nampak sangat educated dan memang pakar walaupun dah memang pakar. hehehe. Sampaikan semua kawan-kawan yang tengok gambar ni puji smart dan hensem doktor. Kalau Dr Rusdi baca blog ni, hehehe kembang setaman. BTW untuk Dr Rusdi, terima kasih banyak-banyak atas rawatan yang diberi. Kawan2 bolehlah ke SSH kerana layanan dari nurse dan doktor all the best.

Kos keseluruhan untuk pembedahan ni lebih kurang Rm6500. Kita orang bayar Rm87.10 sahaja. Syukur. Ambiklah medikal kad di zaman kos perubatan yang sangat mahal ni
Subscribe to:
Posts (Atom)
KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW
Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...
-
Inilah namanya tak dirancang. Antara takut dan nak tahu semuanya berbelah bagi. Bila sesuatu yang lain dirasai pada badan, agak apa yang pe...
-
Bila sebut aje ada ketumbuhan, mesti semua orang rasa takut dan ngeri. Sebabnya tak nampak. Aku disuspek fibroid pd bu...
-
ARTIKEL INI SAYA PETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE. Sekadar untuk berkongsi.... DOKTOR, saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua b...