Saturday, 20 December 2014

LAWATAN BY AIR ASIA KE KL MELAKA

2014...tarikh keramat bagi semua tahun 6 upsr di seluruh malaysia

mana taknya.exam kena ambik 3x selepas soalan bocor dikesan dan perbuatan yang bertanggungjawab sesetengah manusia

sekolah kita orang dah plan nak buat lawatan. pergi dengan kapal terbang pulak tu. bukan boleh tukar tarikh sesuka hati. bila dengarnya exam tangguh, alamak! macamana ni. doalah siang malam agar exam tak kena tarikh kita orang pergi lawatan. kesian kat budak2. dahlah bayar 300 sorang.

akhirnya, lega. sebab exam yang kedua tak bertembung tarikh. tapi, lepas dah enjoy sakan kat kl dan melaka, balik tu kena exam sains. tup tup, dalam bas masa nak ke putrajaya selepas sampai kat eport, exam matematik pulak kena buat semula.

apa pun, gasaklah. yang penting kita orang nak enjoy dulu. murid-muridlah. cikgu tak peksa xpa.


 beratur untuk check in

 semangat semuanya...heheheh


 posing cikgi2


 dapat sponsor 5x tau drp menteri2. tq. ni makan malam masa baru sampai



 menyampaikan sijil penghargaan. ni caterer Dato Shabery Chik

 aktiviti dalam Taman Reptilia kat Melaka








 kat Melaka pulak. beratur untuk menaiki Menara Taming Sari


 naik River Cruise. Puas dah naik ni. apakan daya

 beratur untuk masuk ke Pusat Sains Negara



 Trick Art Muzium...Shah Alam

 Istana Negara

 Muzium Coklat Damansara
habis di sini

Tuesday, 7 October 2014

PERGINYA AYAH KU MENGADAP ILAHI

Melalui zaman sakit selama 3 tahun terakhir yang agak berat, akhirnya ayah dpianggil mengadap penciptaNya. Ayah sakit berulang. Kanser hatinya telah merebak sedikit demi sedikit hingga tiada apa lagi yang mampu dibuat oleh pakar-pakar perubatan.

Ayah ulang alik ke HUSM dan Hospital Nur Zahirah. Tapi, kelihatan ayah masih sihat untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.


Ini ayahku semasa masih lagi bekerja. jawatan akhir ayah ialah Editor Bernama di Kuala Lumpur. Meskipun tidak tinggal bersama semenjak ayah dan mak berpisah, namun kasih aku padanya tetap tidak berubah. Dia satunya ayah kandung aku.

Sakit ayah ku lihat semakin lemah dari hari ke hari. Susut badannya semakin kurus dari hari ke hari. Selera makannya semakin merosot. Ayah minum melalui straw sahaja kerana tenaganya sudah tidak kuat lagi untuk menelan air melalui gelas.

Kerusi roda sudah menjadi keperluan bagi menampung pergerakan ayah yang sudah tidak mampu berdiri. Ayah menggunakan lampin pakai buang.

Ayah menerima kunjungan dari sahabat-sahabatnya di Kuala Lumpur dan dari Terengganu. Tetapi ingatan ayah sudah tidak sebaik dulu. Mata ayah juga semakin kabur kesan dari penyakitnya.



Ayah menerima kunjungan Dato Shabery Chik



Menerima kunjungan dari Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Razif

Ayah sudah tidak bermaya untuk bangun bagi meraikan tetamunya. Sedih melihat keadaan ayah. Hatiku sebak dan merintih pada Allah moga Allah mengampuni dan memberi rahmat kepada ayahku.

Moga jasa baik ayah yang dibuat sepanjang hidupnya akan dikira oleh Allah sebagai amal jariahnya dan semoga dosa yang telah dilakukan akan diberi keampunan.

Tanggal 18 September, adik memberitahu melalui Whatssap keluarga yang ayahku sedang kritikal di Klinik Kesihatan Dungun, ketika tiba untuk menyedut kahak, Ayah dibawa ke Hospital Dungun dan diberikan bantuan alat pernafasan. Ayah sangat kritikal ketika ini. Hanya menanti anak-anak semua pulang untuk kali terakhir bagi menatap wajahnya.

Setelah semua anak-anak berada disisi, akhirnya, alat bantuan pernafasan ayah dibuka. Doktor memberitahu, ayah akan "pergi" secara perlahan-lahan... Kami semua redha daripada melihatnya tersiksa.

Ayah dibawa pulang ke rumah hasil titik peluhnya buat kali yang terakhir. Ayah dibaringkan di tengah ruang tamu. Semua adik beradik dan anak-anak ayah mengiringi ayah dan perjalanan rohnya dengan bacaan Yaasin. Aku dapat melihat betapa nazaknya ayah ketika ini. Dadanya berombak menahan sakartul maut. Kami sendu dan bertukar tangis. 

Tepat jam 1.59 pagi, ayah menghembuskan nafasnya buat kali akhir..... Ya Tuhan, kami redha dengan ketentuan Mu. Dari Mu kami datang dan kepada Mu jua kami akan dikembalikan.

aya

Ayah selamat dikebumikan di perkuburan Syed Yahya di Dungun pada jam 11.30 pagi sebelum solat Jumaat. Semoga ayah dirahmati oleh Allah di alam barzakh. 

Untuk ayah, seramai 7 orang zuriat yang ayah tinggalkan, akan kami tunaikan amanah ayah dengan sebaiknya. Fatihah akan kami sedekahkan sepanjang masa untuk ayah. Doa kami akan mengiringi ayah. Kami juga akan menyusul ayah, walaupun entah bila.

Kini, tiada lagi gurau senda ayah bersama cucu-cucunya... Yang tinggal hanyalah kenangan. 


Banyak sekali berita tentang ayah di akhbar. Semoga jasa ayah  dalam bidang kewartawanan akan dikenang sepanjang masa.

DUNGUN: Bekas editor Bernama Ali Mamat, 63, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Kubang Miang di sini jam 1.56 pagi tadi.
Anak sulung Allahyarham, Maheran Ali, 41, berkata ayahnya dimasukkan ke Hospital Dungun awal pagi semalam setelah mengalami sesak nafas.
"Allahyarham mengalami sakit tenat akibat penyakit kanser hati sejak April lalu dan mendapat beberapa rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah," katanya kepada media di sini hari ini.
Allahyarham meninggalkan dua orang isteri Maimun Yahya, 55, dan Aini Abdullah, 42 serta tujuh anak.

KUALA LUMPUR: Pemergian bekas editor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ali Mamat dilihat satu kehilangan besar dalam dunia kewartawan terutamanya penulisan berita dan laporan jenayah.

Allahyarham Ali, 63, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Kubang Miang di sini pada 1.56 pagi Jumaat  akibat kanser hati.

Allahyarham, yang memenangi Anugerah Kajai pada 1982 dan 1988, dikenang sebagai satu-satunya wartawan yang mengikuti operasi polis ketika memburu penjenayah 'Botak Chin' pada 1976.

Walaupun penampilannya nampak garang, allahyarham sebenarnya amat disenangi sahabat dan rakan sekerja yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang baik hati.

Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata allahyarham adalah wartawan yang kental dan gigih dalam kehidupan dan kerjayanya.

"Ali Mamat akan dikenang sebagai wartawan gigih terutamanya dalam penghasilan berita-berita jenayah," katanya.

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN) Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata allahyarham merupakan sahabat yang baik dan tidak kedekut berkongsi petua dalam pekerjaannya.

Bagi Timbalan Ketua Pengarang Meja Ekonomi Mikhail Raj Abdullah, allahyarhamadalah seorang yang berdedikasi dan rajin berusaha mencari berita-berita eksklusif untuk Bernama.

"Beliau juga sering mengenang pengalaman membuat liputan krisis tebusan Tentera Merah Jepun di Jalan Ampang di mana beliau berjaya hasilkan berita eksklusif mengenai insiden itu untuk Bernama," kata beliau.

Ketua Penyunting Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris Bernama M.Govind Nair pula menyifatkan Allahyarham Ali sebagai seorang wartawan jenayah yang hebat dan luar biasa.

"Beliau mungkin kelihatan garang, namun beliau seorang yang amat baik hati. Semasa tugasan pertama saya dalam bulan April 1974, beliau membantu saya mendapatkan berita eksklusif. 

"Ali seorang wartawan jenayah yang hebat. Saya masih ingat Badan Pencegahan Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pernah menunggu beliau tiba sebelum memulakan sidang berita," katanya.

Penolong Pengarang Meja PBDN R. Ravichandran berkata beliau sangat terkesan dengan kehilangan allahyarham dan akan terus mengingati segala nasihat dan tunjuk ajarnya.

"Sangat sedih, allahyarham antara orang yang mendidik saya dalam dunia kewartawanan ketika saya mula bekerja, semoga keluarganya tabah menghadapi kehilangan ini," katanya.

Ketua Editor Tugasan BernamaTV Abdul Rahman Ahmad yang pernah bertugas bersama Allahyarham Ali di Biro Terengganu berkata allahyarham seorang insan yang peramah selain mempunyai budi pekerti yang baik.

"Ali Mamat adalah orang yang banyak mengajar saya mengenai kewartawanan. Saya sebak ketika mengimbau masa yang kami lalui ketika bekerja bersama,"katanya.

Konsultan Meja Berita Am PBDN S.Siva pula berkata: "Ali Mamat adalah antarayang menjadikan bidang kewartawanan sesuatu yang menyeronokkan...beliau meninggalkan kami dengan memori indah".

Sementara itu, Presiden Kelab Wartawan Terengganu  (Kawat) Ayob Mamat berkata allahyarham adalah antara pengasas Kawat semasa penubuhannya pada 1982.

"Allahyarham pernah menjawat jawatan Presiden Kawat pada awal penubuhannya ketika menjadi Ketua Biro Terengganu. Beliau juga merupakan orang yang mencetuskan idea pemberian Anugerah Kawat untuk wartawan cemerlang dalam liputan berita dan rencana di Terengganu," katanya.

Allahyarham Ali meninggalkan dua isteri Maimun Yahya, 55, dan Aini Abdullah, 42, serta tujuh anak.


Saturday, 13 September 2014

KEWANGAN ISLAM



AL IJARAH: SEWAAN

- Adalah perjanjian di antara pemilik harta, samada yang tidak bergerak seperti tanah dan rumah atau yang bergerak seperti alat jentera dan pengangkutan dan penyewa di mana pemilik harta  membenarkan penyewa mengguna dan memperolehi manfaat dan perkhidmatan daripada harta tersebut dan penyewa membayar kepada pemilik harta bayaran sewaan seperti yang dipersetujui bersama.

* Hendaklah dijelaskan jenis dan sifat-sifat harta yang disewakan, tempoh sewaan, cara pembayaran sewa serta perkara-perkara lain yang perlu bagi mengelakkan perbalahan


 AL BAI'I AT TIJARI 9 SEWA BELI)

- Sewa beli adalah sama seperti sewaan, tetapi ditambah dengan peruntukan bahawa pemilik harta selepas sesuatu tempoh yang tertentu bersetuju menjualkan terus harta tersebut kepada penyewa pada paras harga yang dipersetujui bersama dengan diambil kira jumlah bayaran sewaan yang telah dijelaskan sebagai sebahagian daripada paras harga tersebut

* Hendaklah dipenuhi semua syarat sewaan dan penukaran hak milik seperti yang ditetapkan syarak

Monday, 8 September 2014

OH AYAH...

Pastinya tajuk ini menjadi tanda tanya...

Kenapa  dengan ayah...

Ayah...disahkan mengidap penyakit kanser hati. Sangat menggerunkan. Seolah menanti masa sahaja. Bermula dengan disyaki ulser perut, penyakit ayah dari sehari ke sehari menampakkan tidak ada penyembuhannya. Laser dah beberapa kali dibuat di HUSM Kubang Kerian. Kini, menurut doktor, hati ayah sudah rosak kesemuanya. Hati yang ditugaskan untuk membuang toksik telah hilang fungsinya.

ayah juga menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok kecil. Kesemua penyakit ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan ayah tidak berupaya bergerak.

Sehabis daya di hospital, ayah kini terlantar di rumah. Aku yang pulang pada hujung minggu, melihat ayah yang merosot dari hari ke hari. Bermula boleh makan, kini hanya minum air sahaja. Sudah tidak boleh berjalan sendiri hatta mengengsot sekalipun. Ayah kini gunakan lampin pakai buang. Mata ayah kini telah ditarik nikmat penglihatannya. Ayah sudah tidak dapat melihat apa pun. Menurut doktor, kanser hati ayah sudah sampai ke otak.

Kunjungan dari kenalannya tidak pernah putus. Terima kasih untuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif dan Dato Shabery Chik yang sudi berkunjung serta menghulurkan bantuan serta Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan yang sudi melakukan tahlil dan solat hajat untuk ayah. Doa kalian semua amat dihargai.

Sebagai seorang anak, aku sungguh sedih seolah tiada kata untuk diluahkan apabila melihat ayah terlantar sebegini. Hanya ku pohon ke Allah agar memudahkan urusan hidup dan matinya. Semoga kita tidak dibebankan oleh Allah dengan dosa-dosa lampau kita. Keadaan ayah menginsafkan aku, bahawa nikmat kesihatan, panjang umur, masa sihat, masa lapang dan nikmat hidup yang Allah berikan haruslah kita manfaatkan sepenuhnya. Peluang itu hanya sekali sahaja.



Menerima kunjungan Dato Ahmad Shabery Chik dan Menteri Besar Terengganu.








TR02_240814_SHABERY_LAWAT

Tuesday, 2 September 2014

JOM BERBLOG

Apa tujuan kita berblog
Apa tujuan kita ada blog
Apa kelebihan ada blog

Mesti macam-macam jawapan kan
Bagi saya, blog ni tak hilang, dia xde virus sebab dan masuk tapisan. jadi apa yang kita simpan selamat. Kalau kita taknak orang share dengan kita pun tak pa. Nak orang baca pun boleh aje

Tujauan saya ada blog ialah untuk menyimpan segala gambar, surat dan cerita ceritut walaupun tak penting. Bukan nak semua orang baca. Orang tak baca pun tak kisah.






















bye....jumpa lagi

Wednesday, 11 June 2014

Cameron Highland The Second

Ni kali kedua kami ke cameron. hari tu kami pergi  Ammar Hakim belum lahir. Sekarang Ammar dah berusia 5 tahun. Cuaca  pun dah tak sejuk lagi. Jem pun makin teruk. Kami tidur di hotel Madani, kat Tanah Rata. Dulu Kami menginap di Equitorial Hotel. 
Ni selepas shopping kat pasar malam Brincang. Mahal jugak. Abaikan panorama kat belakang ye


 Ni pulak masa tengah cari tempat makan pagi di tanah Rata. Semua macam full. Walaupun Terengganu aje yang cuti, bukan cuti umum pun.

 kat Taman Teknologi Mardi








 subur aje bunga kat sini. kalo bawak balik, sure tinggal daun je
 time bagi makan kat ikan





















 anak-anak semua tanya selipar apa ni...ni lah terompah sayang
 kedai kat Mardi...mcm mahal


 topi ni kat pasar malam lagi murah






KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW

Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...