BLOG INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI CATATAN DAN LUAHAN ISI HATIKU YANG OK DAN K.O. YANG OK TU DATANGNYA DARI ALLAH SUBHANAHU WATAALA DAN YANG K.O ITU ADALAH KELEMAHANKU
Friday, 29 May 2020
KHATAM AL QURAN BERAMAI-RAMAI
S: SAYA INGINKAN KEPASTIAN. ADAKAH PROGRAM KHATAM AL QURAN SECARA BERAMAI-RAMAI DENGAN SETIAP PESERTA MASING-MASING MEMBACA BEBERAPA KERAT AYAT BERLAINAN HINGGA LENGKAP 30 JUZUK SECARA DIKIRA SEBAGAI TELAH MENGKHATAMKAN AL QURAN?
J: Ia tidak dikira sebagai khatam Al Quran. Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh salafussoleh. Seseorang muslim dikira mendapat pahala apabila dia membaca Al Quran dengan sendiri ataupun mendengar bacaan Al Quran
Perlu diketahui bahawa Allah swt turut menjanjikan rahmat dan ganjaran buat orang yang mendengar bacaan oleh orang lain. FirmanNya dalam surah al A'raf ayat 204 yang bermaksud: "Dan apabila dibacakan Al Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam. Mudah-mudahan kamu semua beroleh rahmat:.
Berkenaan dengan amalan yang dinyatakan, ia hanya bersifat kerjasama dalam melakukan kebaikan sahaja. Mudah-mudahan ada pahalanya. Namun tidak sekali-kali pahala khatam Al Quran.
Marilah kita bersama-sama berusaha mengkhatamkan Al Quran daripada awal hingga akhir.
BUKANNYA BERPURA-PURA MENGKHATAMKAN SECARA PEMBAHAGIAN SEPERTI INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW
Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...
-
Inilah namanya tak dirancang. Antara takut dan nak tahu semuanya berbelah bagi. Bila sesuatu yang lain dirasai pada badan, agak apa yang pe...
-
Bila sebut aje ada ketumbuhan, mesti semua orang rasa takut dan ngeri. Sebabnya tak nampak. Aku disuspek fibroid pd bu...
-
ARTIKEL INI SAYA PETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE. Sekadar untuk berkongsi.... DOKTOR, saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua b...
No comments:
Post a Comment