Tidak. Bacaan yang dimaksudkan mestilah dengan menggerakkan bibir dan memperdengarkan suara walaupun perlahan hingga hanya dirinya sahaja yang boleh mendengarnya.
Nabi saw bersabda yang bermaksud: ; "Bacalah al Quran kerana ia akan menjadi pemberi syafaat kepada pembacanya pada akhirat kelak" ( Riwayat Muslim).
Maksud Nabi saw dalam hadis ini dijelaskan oleh hadis lain yang bermaksud: " Sesiapa yang membaca satu huruf Al Quran , maka baginya satu pahala kebaikan. Dan setiap kebaikan itu dilipat gandakan pula kepada sepuluh sepertinya. ". ( Riwayat at Tarmizi)
Tegasnya di sini, seseorang itu tidak dianggap membaca Al Quran melainkan apabila dia melafazkan bacaanya hingga kedengaran oleh telinganya
No comments:
Post a Comment