Sunday, 31 May 2020

HANTU TAKUT MANUSIA


SAYA TAHU BAHAWA KITA TIDAK PATUT TAKUT KEPADA HANTU. NAMUN JUJURNYA PERASAAN ITU TETAP ADA. BOLEHKAN USTAZ BERIKAN SEDIKIT MOTIVASI SUPAYA SAYA DAPAT HILANGKAN PERASAAN ITU

Hakikatnya, iblis, jin dan syaitan sangat takut kepada manusia. hairan sungguh jika manusia pula yang takut kepada mereka yang menjelma menjadi hantu.

Diriwayatkan oleh Ibn Abi al Dunya daripada Mujahid, beliau berkata, " Ketika aku melakukan solat pada suatu malam, tiba- tiba berdirilah satu makhluk seperti kanak-kanak di hadapanku. Lalu aku mengejar untuk menangkapnya.  Ia pun berlari dan melompat ke balik dinding sehingga aku mendengar ia terjatuh. Ia tidak kembali lagi setelah kejadian itu".

Mujahid turut berkata: " Sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian sebagaimana kalian pun takut kepada mereka". Sambung beliau lagi: " Syaitan itu lebih takut daripada sesiapa sahaja kamu. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian, maka janganlah kalian takut sehingga ia dapat menguasai kalian. Akan tetapi bersikap beranilah kalian kepadanya, nescaya ia akan pergi". ( Akam al Marjan, hlm 137)

Mujahid turut berkongsi pengalamannya. " Syaitan kerap menampakkan dirinya ketika aku ingin solat dalam rupa Ibn Abbas. Kemudian aku teringat pesanan Ibn Abbas, lalu bersiap sedia dengan sebilah pisau. Tatkala ia kembali menjelma, aku terus menusuknya. Ia pun jatuh tersungkur. Setelah itu, aku tidak pernah melihatnya lagi.

Jelas sekali bahawa generasi solafussoleh tidak pernah menjadikan hantu sebagai sesuatu yang ditakuti.  Malah jin, iblis dan syaitan hanyalah makhluk ALlah yang tidak mempunyai apa-apa kuasa daan kelebihan jika dibandingkan dengan iman dan takwa yang menjadi pakaian muslim

Kesimpulannya, sebagai orang muslim, kita dituntut beriman kepada perkara-perkara ghaib. Oleh sebab itu, percaya dengan kewujudan iblis, jin dan syaitan termasuk dalam keimanan terhadap perkara ghaib

Walaubagaimanapun, kita tidak dibenarkan berlebih-lebihan untuk mengkaji atau menokok tambah perkara-perkara ghaib sehingga membawa kepada syirik, khurafat dan tahyul. memadailah kepada kita apa-apa yang dikhabarkan oleh Allah swt dan Rasulnya. Wallahualam

No comments:

Post a Comment

KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW

Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...