BLOG INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI CATATAN DAN LUAHAN ISI HATIKU YANG OK DAN K.O. YANG OK TU DATANGNYA DARI ALLAH SUBHANAHU WATAALA DAN YANG K.O ITU ADALAH KELEMAHANKU
Saturday, 30 May 2020
BENTENG IMAN
HANTU OH HANTU
BENARKAH HANTU BOLEH MEMUDARATKAN MANUSIA
Pada asalnya saya memang tidak percaya bahawa hantu boleh mengapa-apakan manusia sehingga membunuh sebagaimana yang disogokkan dalam drama hantu
Namun apabila berlaku tragedi adik saya tersesat di dalam hutan, saya berfikir semula. Mungkinkah hantu boleh memudaratkan manusia
Untuk pengetahuan Ustaz, mereka tersesat kerana mencari rakan mereka yang tersesat hilang di dalam hutan. mereka mengikut ikut suara rakan mereka yang meminta tolong seoalah-olah terjatuh ke dalam gaung. Walhalnya rakannya itu hany a berpisah daripada kumpulan kerana hanya ingin membuang aair kecil
JAWAPANNYA: TIDAK SAMA SEKALI
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, hantu itu hanyalah perserupaan yang dilakukan samada oleh iblis, jin ataupun syaitan. Rasulullah saw pernah ditanya tentang hantu. baginda bersabda yang bermaksud, " Mereka ialah tukang sihir di kalangan jin". Sanad riwayat ini sangat lemah ( daif jiddan)
Namun begitu, hal ini tidaklah menafikan apa yang dikhabarkan oleh sahabat Nabi, Jabir r.a bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: " Tidak ada wabak penyakit, kesialan dan hammah ( ada yang mentafsirkannya roh orang yang mati yang menjelma burung atau sebutan orang Melayu sebagai hantu)".
Rasulullah saw bukan menafikan kewujudan perkara tersebut, sebaliknya baginda ingin menafikan anggapan atau kepercayaan bahawa ada perkara lain selain Allah yang juga boleh memberi mudarat atau manfaat
HANTU PADANG PASIR
Masyarakat Arab ketika itu percaya bahawa hantu boleh menyesatkan manusia yang sedang bermusafir di tengah tengah padang pasir. Imam Nawawi mengulas: Jumhur ulama berkata, bahawa orang Arab mempercayai bahawa ada hantu di padang pasir. Ia sebenarnya sejenis syaitan yang menampakkan diri untuk menakut-nakutkan manusia sehingga mereka tersesat dan kemalangan. Oleh sebab itu, Nabi saw memusnahkan kepercayaan tersebut.
Justeru sabda Rasulullah saw yang bermaksud tidak ada hantu itu bermaksud ia tidak dapat menyesatkan seseorang. Hal itu dikuatkan oleh hadis lain yang bermaksud: " Tidak ada hantu, namun ia hanya tukang sihir daripada kalangan jin
Menurut para ulama, jin juga mempunyai tukang sihir dalam kalangan mereka yang dapat mengelabui mata dan membuat khayalan. ( Sahih muslim dgn syarah an Nawawi)
RUMUSAN:
Yakinlah bahawa tidak kira, iblis, jin mahupun syaitan yang menjadi hantu sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk memudaratkan manusia. Sesungguhnya manfaat dan mudarat ialah hak mutlak yang datang daripada Allah.
tambahan lagi, Rasulullah saw mengajar kita al mu'awwizat 9 ayat-ayat Al Quran sebagai pelindung diri) seperti surah al faalaq, al ikhlas dan an nas yang mampu memelihara diri kita daripada gangguan jin dan syaitan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW
Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...
-
Inilah namanya tak dirancang. Antara takut dan nak tahu semuanya berbelah bagi. Bila sesuatu yang lain dirasai pada badan, agak apa yang pe...
-
Bila sebut aje ada ketumbuhan, mesti semua orang rasa takut dan ngeri. Sebabnya tak nampak. Aku disuspek fibroid pd bu...
-
ARTIKEL INI SAYA PETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE. Sekadar untuk berkongsi.... DOKTOR, saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua b...
No comments:
Post a Comment