BLOG INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI CATATAN DAN LUAHAN ISI HATIKU YANG OK DAN K.O. YANG OK TU DATANGNYA DARI ALLAH SUBHANAHU WATAALA DAN YANG K.O ITU ADALAH KELEMAHANKU
Sunday, 31 May 2020
HANTU TAKUT MANUSIA
SAYA TAHU BAHAWA KITA TIDAK PATUT TAKUT KEPADA HANTU. NAMUN JUJURNYA PERASAAN ITU TETAP ADA. BOLEHKAN USTAZ BERIKAN SEDIKIT MOTIVASI SUPAYA SAYA DAPAT HILANGKAN PERASAAN ITU
Hakikatnya, iblis, jin dan syaitan sangat takut kepada manusia. hairan sungguh jika manusia pula yang takut kepada mereka yang menjelma menjadi hantu.
Diriwayatkan oleh Ibn Abi al Dunya daripada Mujahid, beliau berkata, " Ketika aku melakukan solat pada suatu malam, tiba- tiba berdirilah satu makhluk seperti kanak-kanak di hadapanku. Lalu aku mengejar untuk menangkapnya. Ia pun berlari dan melompat ke balik dinding sehingga aku mendengar ia terjatuh. Ia tidak kembali lagi setelah kejadian itu".
Mujahid turut berkata: " Sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian sebagaimana kalian pun takut kepada mereka". Sambung beliau lagi: " Syaitan itu lebih takut daripada sesiapa sahaja kamu. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian, maka janganlah kalian takut sehingga ia dapat menguasai kalian. Akan tetapi bersikap beranilah kalian kepadanya, nescaya ia akan pergi". ( Akam al Marjan, hlm 137)
Mujahid turut berkongsi pengalamannya. " Syaitan kerap menampakkan dirinya ketika aku ingin solat dalam rupa Ibn Abbas. Kemudian aku teringat pesanan Ibn Abbas, lalu bersiap sedia dengan sebilah pisau. Tatkala ia kembali menjelma, aku terus menusuknya. Ia pun jatuh tersungkur. Setelah itu, aku tidak pernah melihatnya lagi.
Jelas sekali bahawa generasi solafussoleh tidak pernah menjadikan hantu sebagai sesuatu yang ditakuti. Malah jin, iblis dan syaitan hanyalah makhluk ALlah yang tidak mempunyai apa-apa kuasa daan kelebihan jika dibandingkan dengan iman dan takwa yang menjadi pakaian muslim
Kesimpulannya, sebagai orang muslim, kita dituntut beriman kepada perkara-perkara ghaib. Oleh sebab itu, percaya dengan kewujudan iblis, jin dan syaitan termasuk dalam keimanan terhadap perkara ghaib
Walaubagaimanapun, kita tidak dibenarkan berlebih-lebihan untuk mengkaji atau menokok tambah perkara-perkara ghaib sehingga membawa kepada syirik, khurafat dan tahyul. memadailah kepada kita apa-apa yang dikhabarkan oleh Allah swt dan Rasulnya. Wallahualam
Saturday, 30 May 2020
BENTENG IMAN
HANTU OH HANTU
BENARKAH HANTU BOLEH MEMUDARATKAN MANUSIA
Pada asalnya saya memang tidak percaya bahawa hantu boleh mengapa-apakan manusia sehingga membunuh sebagaimana yang disogokkan dalam drama hantu
Namun apabila berlaku tragedi adik saya tersesat di dalam hutan, saya berfikir semula. Mungkinkah hantu boleh memudaratkan manusia
Untuk pengetahuan Ustaz, mereka tersesat kerana mencari rakan mereka yang tersesat hilang di dalam hutan. mereka mengikut ikut suara rakan mereka yang meminta tolong seoalah-olah terjatuh ke dalam gaung. Walhalnya rakannya itu hany a berpisah daripada kumpulan kerana hanya ingin membuang aair kecil
JAWAPANNYA: TIDAK SAMA SEKALI
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, hantu itu hanyalah perserupaan yang dilakukan samada oleh iblis, jin ataupun syaitan. Rasulullah saw pernah ditanya tentang hantu. baginda bersabda yang bermaksud, " Mereka ialah tukang sihir di kalangan jin". Sanad riwayat ini sangat lemah ( daif jiddan)
Namun begitu, hal ini tidaklah menafikan apa yang dikhabarkan oleh sahabat Nabi, Jabir r.a bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: " Tidak ada wabak penyakit, kesialan dan hammah ( ada yang mentafsirkannya roh orang yang mati yang menjelma burung atau sebutan orang Melayu sebagai hantu)".
Rasulullah saw bukan menafikan kewujudan perkara tersebut, sebaliknya baginda ingin menafikan anggapan atau kepercayaan bahawa ada perkara lain selain Allah yang juga boleh memberi mudarat atau manfaat
HANTU PADANG PASIR
Masyarakat Arab ketika itu percaya bahawa hantu boleh menyesatkan manusia yang sedang bermusafir di tengah tengah padang pasir. Imam Nawawi mengulas: Jumhur ulama berkata, bahawa orang Arab mempercayai bahawa ada hantu di padang pasir. Ia sebenarnya sejenis syaitan yang menampakkan diri untuk menakut-nakutkan manusia sehingga mereka tersesat dan kemalangan. Oleh sebab itu, Nabi saw memusnahkan kepercayaan tersebut.
Justeru sabda Rasulullah saw yang bermaksud tidak ada hantu itu bermaksud ia tidak dapat menyesatkan seseorang. Hal itu dikuatkan oleh hadis lain yang bermaksud: " Tidak ada hantu, namun ia hanya tukang sihir daripada kalangan jin
Menurut para ulama, jin juga mempunyai tukang sihir dalam kalangan mereka yang dapat mengelabui mata dan membuat khayalan. ( Sahih muslim dgn syarah an Nawawi)
RUMUSAN:
Yakinlah bahawa tidak kira, iblis, jin mahupun syaitan yang menjadi hantu sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk memudaratkan manusia. Sesungguhnya manfaat dan mudarat ialah hak mutlak yang datang daripada Allah.
tambahan lagi, Rasulullah saw mengajar kita al mu'awwizat 9 ayat-ayat Al Quran sebagai pelindung diri) seperti surah al faalaq, al ikhlas dan an nas yang mampu memelihara diri kita daripada gangguan jin dan syaitan
MENDENGAR AL QURAN DI DALAM KERETA
APA HUKUMNYA JIKA SAYA TIDAK MENUMPUKAN KEPADANYA AKIBAT BERSEMBANG DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK DALAM MASA YANG SAMA?
Secara asasnya, mendengar dengan penuh perhatian terhadap bacaan Al Quran di luar solat hukumnya sunat. bukannya wajib.
Imam Ahmad pernah menjelaskan tentang hukum tersebut ketika berkomenta berkaitan ayat surah Al Araf di atas. " Ianya untuk solat". Beliau juga berkata: Para ulama tlah sepakat yang ia adalah arahan ketika solat
Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya jangan memasangnya ketika manusia sibuk dengan perkara lain. Sebagai contohnya, tentulah tidak wajar jika orang di dalam kereta sedang rancak bersembang, tiba-tiba dimainkan CD Al Quran.
Rujukan : Liqaat al Bab al Maftuh
kredit: Ustaz Zahzan
Secara asasnya, mendengar dengan penuh perhatian terhadap bacaan Al Quran di luar solat hukumnya sunat. bukannya wajib.
Imam Ahmad pernah menjelaskan tentang hukum tersebut ketika berkomenta berkaitan ayat surah Al Araf di atas. " Ianya untuk solat". Beliau juga berkata: Para ulama tlah sepakat yang ia adalah arahan ketika solat
Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya jangan memasangnya ketika manusia sibuk dengan perkara lain. Sebagai contohnya, tentulah tidak wajar jika orang di dalam kereta sedang rancak bersembang, tiba-tiba dimainkan CD Al Quran.
Rujukan : Liqaat al Bab al Maftuh
kredit: Ustaz Zahzan
APABILA MENDENGAR BACAAN AL QURAN
KITA HENDAKLAH SENYAP APABILA MENDENGAR AL QURAN DIBACAKAN. ADAKAH HUKUM INI WAJIB ATAU SUNAT
Para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum mendiamkan diri atau senyap ketika mendengar bacaan al Quran ketika di luar solat
Pendapat pertama: Wajib. ini menurut Mazhab Hanafi.
Sebahagian mereka mengatakan kewajipan ini bersifat wajib aini ( setiap orang wajib berbuat demikian)
Manakala ada juga yang mengatakan ia wajib kifayah ( jika sebahagian orang sudah melakukan, maka sudah tidak wajib bagi orang lain)
Hujjah mereka ialah firman Allah dalam surah Al Araf yang bermaksud : Dan hendaklah dibacakan Al Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah mudahan kamu semua beroleh rahmat"
Para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum mendiamkan diri atau senyap ketika mendengar bacaan al Quran ketika di luar solat
Pendapat pertama: Wajib. ini menurut Mazhab Hanafi.
Sebahagian mereka mengatakan kewajipan ini bersifat wajib aini ( setiap orang wajib berbuat demikian)
Manakala ada juga yang mengatakan ia wajib kifayah ( jika sebahagian orang sudah melakukan, maka sudah tidak wajib bagi orang lain)
Hujjah mereka ialah firman Allah dalam surah Al Araf yang bermaksud : Dan hendaklah dibacakan Al Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah mudahan kamu semua beroleh rahmat"
Friday, 29 May 2020
KHATAM AL QURAN BERAMAI-RAMAI
S: SAYA INGINKAN KEPASTIAN. ADAKAH PROGRAM KHATAM AL QURAN SECARA BERAMAI-RAMAI DENGAN SETIAP PESERTA MASING-MASING MEMBACA BEBERAPA KERAT AYAT BERLAINAN HINGGA LENGKAP 30 JUZUK SECARA DIKIRA SEBAGAI TELAH MENGKHATAMKAN AL QURAN?
J: Ia tidak dikira sebagai khatam Al Quran. Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh salafussoleh. Seseorang muslim dikira mendapat pahala apabila dia membaca Al Quran dengan sendiri ataupun mendengar bacaan Al Quran
Perlu diketahui bahawa Allah swt turut menjanjikan rahmat dan ganjaran buat orang yang mendengar bacaan oleh orang lain. FirmanNya dalam surah al A'raf ayat 204 yang bermaksud: "Dan apabila dibacakan Al Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam. Mudah-mudahan kamu semua beroleh rahmat:.
Berkenaan dengan amalan yang dinyatakan, ia hanya bersifat kerjasama dalam melakukan kebaikan sahaja. Mudah-mudahan ada pahalanya. Namun tidak sekali-kali pahala khatam Al Quran.
Marilah kita bersama-sama berusaha mengkhatamkan Al Quran daripada awal hingga akhir.
BUKANNYA BERPURA-PURA MENGKHATAMKAN SECARA PEMBAHAGIAN SEPERTI INI
Thursday, 28 May 2020
BACA SECARA SENYAP
SAYA PERNAH MELIHAT ORANG MEMBACA AL QURAN SECARA SENYAP SAMBIL JARINYA BERGERAK MENURUTI AYAT YANG SEDANG DIBACA. BIBIRNYA TIDAK BERGERAK PUN.ADAKAH CARA INI JUGA DIKIRA SEBAGAI MEMBACA AL QURAN
Tidak. Bacaan yang dimaksudkan mestilah dengan menggerakkan bibir dan memperdengarkan suara walaupun perlahan hingga hanya dirinya sahaja yang boleh mendengarnya.
Nabi saw bersabda yang bermaksud: ; "Bacalah al Quran kerana ia akan menjadi pemberi syafaat kepada pembacanya pada akhirat kelak" ( Riwayat Muslim).
Maksud Nabi saw dalam hadis ini dijelaskan oleh hadis lain yang bermaksud: " Sesiapa yang membaca satu huruf Al Quran , maka baginya satu pahala kebaikan. Dan setiap kebaikan itu dilipat gandakan pula kepada sepuluh sepertinya. ". ( Riwayat at Tarmizi)
Tegasnya di sini, seseorang itu tidak dianggap membaca Al Quran melainkan apabila dia melafazkan bacaanya hingga kedengaran oleh telinganya
AMALAN UTAMA BULAN RAMADHAN
ANTARA MEMBACA AL QURAN DAN SOLAT SUNAT, MANAKAH YANG LEBIH AFDHAL UNTUK DILAKUKAN DALAM BULAN RAMADHAN
Secara umumnya Nabi saw memperbanyakkan sebarang amal ibadah sepanjang Ramadhan al
Mubarak ini. Antaranya baginda bertadarus Al Quran pada setiap malam. baginda juga akan menjadi
lebih pemurah dengan sedekah dan bantuan pada bulan itu hingga disifatkan ibarat angin yang
bertiup laju.
Adapun perbandingan keutamaan membaca Al Quran berbanding solat sunat sebenarnya ia mungkin
berbeza antara seseorang dengan yang lain. Dan semuanya bergantung kepada ganjaran yang
diperuntukkan olehNya
MEMBACA AL QURAN TANPA BERTUDUNG
S: Bolehkah perempuan membaca Al Quran dalam keadaan tidak memakai tudung?
J: Tidak mengapa wanita membaca Al Quran tanpa menutup kepalanya. Ini kerana ketika
membaca Al Quran , tidak disyaratkan menutup aurat. ia tidaksama seperti solat yang mana
tidak sah solat sekiranya tidak menutup aurat.
Walaubagaimanapun, , sebaik baiknya kita beradab dengan kitabullah sesuai dengan
ketinggiannya. dan menjaga akhlak serta penampilan dirinya ketika membaca Al Quran
termasuk dalam adab bersamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW
Wajib kita maklum bahawa kedudukan dan kemuliaan nabi Muhammad Saw sangat agung. Begitu banyak nas menjelaskan. Antaranya firman Allah ...
-
Inilah namanya tak dirancang. Antara takut dan nak tahu semuanya berbelah bagi. Bila sesuatu yang lain dirasai pada badan, agak apa yang pe...
-
Bila sebut aje ada ketumbuhan, mesti semua orang rasa takut dan ngeri. Sebabnya tak nampak. Aku disuspek fibroid pd bu...
-
ARTIKEL INI SAYA PETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE. Sekadar untuk berkongsi.... DOKTOR, saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua b...